Dasar Penubuhan

Berkonsep ‘Fastabiqul-Khairat’ bermaksud berlumba-lumba dalam membuat kebajikan, pasukan sukarelawan sentiasa bersedia untuk memastikan setiap amal perkhidmatan dipamerkan bagi yang terbaik.

Sudah pasti membuahkan hasil yang unggul dalam perkhidmatan.

Pertubuhan juga membantu waris yang kurang mampu terutama golongan fakir dan asnaf dalam menyelesaikan pengurusan jenazah secara percuma.

Wang ringgit bukan menjadi teras utama namun setelah waris melihat impak positif yang diberi, kebanyakannya juga menjadi salah satu penyumbang atau sukarelawan dalam NGO ini.

Mengenai Pertubuhan

Misi

MUKMIN NETWORK merupakan sebuah pasukan pengurusan jenazah dari Lembah Klang yang berpengalaman dan mencapai piawaian atau kursus yang disediakan agensi kerajaan & swasta.

Pelbagai kes telah diuruskan tanpa melihat latar belakang (kategori) jasad atau waris, kami sedia membantu bagi memastikan fardhu kifayah dicapai dengan baik.

 

Visi
Mengekalkan tahap piawaian bertaraf internasional dalam pengurusan kebajikan terutama pengurusan jenazah.