Mandi & Kafan Jenazah

Mandi Jenazah adalah salah satu dalam rukun tajhiz jenazah. Kami berpengalaman dalam pelbagai kes-kes biasa dan kritikal di hospital atau kariah.

Kategori Biasa

  1. Sakit tua
  2. Masalah kesihatan lain.

Kritikal atau Penyakit Berjangkit

  1. – Kemalangan(putus / patah)
  2. Postmoterm
    (pendarahan)
  3. Reput (decomposed)
  4. Rangka (Kebakaran)
  5. HIV, AIDS, tibi dll.
  6. Covid-19

Bayi / Janin / Anggota

  1. Bayi
  2. Janin
  3. Anggota Badan
  4. Tulang

Aurat jenazah dijaga teliti sebagai amanah

Pakaian, gigi palsu dan tampalan luka akan diperiksa teliti dan ditanggalkan daripada jasad terlebih dahulu untuk proses mandi wajib jenazah.

Mandian menggunakan sabun khas dengan cara yang tertib

Istinjak & mewudukkan jenazah.
Sabun gaharu, kapur barus dan serbuk cendana antara bahan yang penting

Prosedur untuk jenazah reput atau penyakit berjangkit

Plastik Khas digunakan untuk kafan jenazah sebagai tambahan (jika perlu).

Bayi, Janin, Uri & Anggota Badan

Kami uruskan mengikut tertib mandi jenazah bagi memuliakan jasad sepertimana Allah memuliakan manusia sebaik-baik makhluk yang diciptakan-Nya.

Kenderaan Jenazah

Bersedia 24jam ke seluruh Semenanjung Malaysia

Van Jenazah adalah akses terpenting dalam pengurusan jenazah. Oleh itu kami juga menyediakan unit van jenazah untuk kegunaan waris bagi memudahkan pengurusan jenazah orang tersayang.

Pemandu yang cekap dan sabar sentiasa memberi tindak-balas yang positif mengikut masa yang diaturkan bersama waris.

Talkin

Talkin diharuskan bagi memperingati tentang kematian pada orang yang hidup. Selain itu untuk mengambil kesempatan kepada hadirin yang datang ke kuburan bagi memberi penghormatan terakhir.

Tahlil

Golongan Mualaf

Individu atau saudara baru menganuti Agama Islam.

Bukan Warganegara Malaysia

Kami juga bantu dalam pengurusan jenazah bukan warganegara Malaysia termasuk bantuan

  1. Dokumentasi kedutaan.
  2. Penerbangan pulang ke negara asal.
  3. Persemadian di Tanah Perkuburan Islam di Malaysia.
“Semua orang boleh urus jenazah. Tapi tak semua sanggup hidup mati menjaga amanah dan tanggungjawab’’